Keusahawanan – Pengurusan Fail
20 Julai 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Julai 2024 bersamaan hari Jumaat, NADI Batang Melaka telah menganjurkan kelas Pengurusan Fail untuk usahawan NADI. Kelas ini bertujuan untuk memberikan pemahaman yang mendalam kepada para usahawan mengenai pentingnya pengurusan fail yang efektif dalam perniagaan mereka.
Antara aktiviti yang dilakukan termasuk:
• Pengenalan kepada pengurusan fail dalam perniagaan
• Jenis-jenis fail perniagaan
• Struktur dan penamaan fail
• Penyimpanan fail
• Proses pengarkiban
• Contoh fail
• Sesi soal jawab
Melalui kelas ini, peserta memperoleh pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk menguruskan fail perniagaan mereka dengan lebih efisien, yang seterusnya akan membantu dalam meningkatkan keberkesanan operasi perniagaan mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: